Thursday, April 28, 2011

puding aiskrim



atas permintaan ramai sampai dah tak terlayan dah
hahahahaha
:D

ni dia resepi puding aiskrim Pn Norlelar yg korang dambakan
:)


BAHAN A
35gm agar-agar
2 gelas gula
4 gelas air


BAHAN B
5 kuning telur
1 tin susu cair
1 tin santan
(boleh beli 1 packet & bancuh dgn 1 gelas air masak)
1 sudu teh vanilla


BAHAN C
5 putih telur pukul sampai kembang
(dalam bahasa dapurnya, kembang sampai bila terbalikkan bekas tu, dia tak jatuh)

1 tin buah campuran


CARA-CARA

1. masak BAHAN A hingga agar-agar hancur. kemudian bahagi dua bahagian.

2. masukkan 1 bahagian agar-agar dan BAHAN C yg telah dipukul kembang ke dalam loyang. kacau bersama sedikit pewarna ikut-suka-hati (hijau/merah)

3. pukul kuning telur, campur dengan semua BAHAN B dan 1 lagi bahagian agar-agar.

4. masukkan campuran step 3 senduk demi senduk ke dalam loyang berisi campuran step 2.

5. akhir sekali, buang air dalam tin buah campuran tu, tabur lah berapa banyak buah korang nak tabur atas puding tu.

6. biarkan sejuk, masukkan dalam peti ais (sangat sedap dimakan sejuk. nyum3).


sekian, selamat mencuba!
;D




korang-bertiga-sila-jangan-marah-aku-upload-gambar-ni
:P



owh, btw utk korang lebih jelas
BAHAN A tu lapisan yg paling bawah
BAHAN B yg tengah &
BAHAN C tu lapisan paling atas
:)


...sekian...




::more in future::

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...