Tuesday, October 18, 2011

.sabar.

fuhhhhhhhh~
berhabuk sangat blog ni, lama yang teramat sangat tak update apa2. bukan bz, bukan takde masa, tapi takde ape nak tulis. kosong. sunyi. sepi. buka facebook, buka twitter, semua kawan2 cerita pasal kerja. cerita pasal sambung blaja. cerita pasal kahwin. cerita pasal temuduga. buka twitter & facebook Syazwani Najihah? K.O.S.O.N.G. sedih tak?

sebenarnya entri ni nak merepek panjang2. so amaran keras pada semua, cerita mengarut ni bosan. kalau korang taknak spoiled mood, not even dare to read this ok :)

kecewa. frust. sedih. semua ni agak2 kalau blend sekali dalam hati ni, mesti jadi ice-blended. bila buka email, "sorry, the application is closed", berkali-kali. sampai 1 point, dah malas nak buka email. malas nak tengok balik apa yg dah di apply. tak sampai setengah jam sebelum tulis entry ni, baru semak LHDN. even senarai untuk interview yg beratus-ratus orang tu pun takde nama Syazwani Najihah. susah sangat ke eja nama ni???

mungkin orang semua akan cakap, ok la tu, dah kerja. at least ada kerja, tak menganggur. tapi macam mana perasaan dia bila buat benda yg tak suka. tak enjoy. pergi kerja rasa macam kuli, vacum ofis, orang datang bukak pintu, staff malas nak nek atas kena ambil dekat bawah. hmmm. untuk kuatkan semangat, i just take all this as an experience. working experience.

nak sambung blaja tapi terfikir, habis study nanti umur dah berapa. nak bagi mama & abah rasa duit gaji dulu, kalau boleh. cukuplah dulu 5+5+6 years blaja. rehat dulu sebelum sambung blaja nanti. tapi bila suara temuduga pun tak keluar, mula rasa nak sambung blaja. nampak macam tak tetap pendirian kan? nampak macam orang tak betul. kejap cakap macam ni, kejap cakap macam tu. for real, at this point, i can't decide what actually am I going to do with my life. seriously! I can't see it!

orang sekeliling dah sibuk tanya. kerja mana, tak nak sambung blaja ke, bla bla bla. kadang2 terfikir, dorang ni tak boleh berhenti dari tanya soalan ke? dorang tahu tak perasaan orang yg nak jawab soalan ni? kalau mereka2 ni risau, dorang tahu tak berapa kali ganda yg takde kerja ni risau dengan diri sendiri? kadang2 tekanan dari luar lagi kuat daripada tekanan dari dalam diri sendiri.

kecewa ni rasanya dah sampai tahap yg paling tinggi. jangan cakap kerja, interview pun tak pernah dapat. boleh tak bayangkan perasaan tu? harini lunch time habis utk sesi menangis teresak-esak depan Encik Neo, muka dia pun da serba salah, orang kiri kanan dah tengok. masa tu, cuma rasa frust yg teramat sangat, takde hati nak kerja & kecewa tahap gaban. but then, he consoled me. thanks syg!

kesimpulannya? sampai saat ni, I still can't imagine what I'm going to do. "sabar, rezeki tu bergantung atas usaha". usaha lagi, tapi kalau dah sampai akhir tahun ni pun belum dapat mana2 panggilan, I'll go and further my study. InsyaAllah. Semoga Tuhan permudahkan segala2nya walaupun buat masa sekarang, perjalanan sangat kabur.


Doakan Syazwani Najihah terus kuat & sabar :)

Sunday, July 17, 2011

en PTD :)


blog dah lama tak terusik
takde topik
gila takde life kan?
memang pun!
:(


btw, exam ptd pun dah lepas
hari ni sibuk dengan job fair
weekend ni betul2 dipenuhi dengan aktiviti cari kerja!


& yg paling penting
2 hari ni dipenuhi dgn aktiviti cuci mata!
:)))))



the best part, masa exam ptd
ada sorang mamat nih
wa cakap sama lu
hensem tahap gaban
tinggi, pakai spek, gelap2 sket
wa dah nampak dia sebelum masuk exam
then bila nak masuk tu
kebetulan dia masuk sama wa
sambil tercari-cari nak duduk dekat meja mana
tiba-tiba je kaki ni terikut mamat hensem ni
lending betul2 kat belakang seat mamat nih!
seriously, tindakan luar kawal!

spjg 5 seksyen, wa duduk je belakang dia
setiap kali dia bangun wa tengok je dia
sambil dlm hati
"hensem gila mamat nih"
& dia secara tak langsung jd sumber inspirasi tuk jwb exam
serius tak tipu!


aihhhhhhh~
balik rumah duk ngigau terbayang2 mamat nih
memang dah kes parah!

cerita dekat mama
dengan penuh excited nya
tanbah dengan perencah gedik2 gelenya sikit
then mama tanya
"awak tak berkenalan ke?"
"tanya la dia, boleh jawab exam tadi tak?"
"awak ni tak pandai la kakak"
(sambil buat muka kecewa)

urghhhhhh~?????
camtu eh?
mana lah aku tahu cara nak ngorat laki macam tu!
hahahahahaha
:D


jadi mulai skrg
nak namakan mamat-hensem-tahap-gaban ni
Encik PTD
:)





::more in future::

Sunday, June 12, 2011

alhamdulillah!


sangat banyak perkara yg spatutnya buat aku bersyukur yg amat buat masa sekarang

mama & abah dah tak secontrol dulu
adik dah masuk UM
abang dapat USM
work life getting more exciting
getting new cool friends
&
the very2 beloved boyfriend
yg pandai buat gf dia makin lama makin syg
uhukkkk
:">


seriously, I'm in love!


life is unpredictable
you know it right?
:)




::more in future::

Saturday, May 21, 2011

miracle~


minggu ni, dah 3 hari berturut keluar rumah awal pagi, balik rumah dah maghrib
tapi the best part was yesterday!

balik lambat sebab excited nak melawat jiran sebelah rumah baru bersalin anak sulung
sangat excited ok, tak tahu la kenapa
siap boleh on the spot shopping for that new born baby!

just to share
ktorang just panggil dia kak mira
dia selamat lahirkan baby on 20th may 2011
anak lelaki, nama muhamad adam, 2.9 kg

but there was the not-best part
kak mira bersalin tak normal
means kena bedah la
tapi tahu sebab apa?
sebab doktor cuti hari sabtu & ahad
so tak nak tunggu, if jadi apa2 tak nak bertanggungjawab!
padahal due date berapa hari ntah lagi
be*g*ng punya servis!

tapi tak pe la
alhamdulillah
dia dah pun selamat lepas tragedi
esok-due-date-hari-ni-anak-gugur-dalam-kandungan
setahun yg lalu



ada lagi satu the best-best-best part
aku jadi saksi
macam mana her husband layan kak mira ni

since kak mira pun tak berapa larat nak bangun or even makan sendiri
husband dia dtg and suapkan nasi
dgn penuh sabar
husband dia ni, abg safwan la senang cite!
cubit isi ikan sikit2, tolong buangkan tulang semua
tunggu kak mira ni makan dgn slow motion nye

then bila baby nak menyusu
I can see how they corporate each other
since kak mira tak boleh nak gerak sangat
siap abg safwan ni pangku kan baby, kak mira plak menyusukan
moment macam mana abg safwan ni tlg kak mira bangun

OMG
speechless
the moment was priceless!

rasa sgt sweet
& paling penting
boleh nampak sinar kebahagiaan dorang
lepas tragedi setahun lepas
dorang happy
walaupun kak mira nampak tak bermaya
but I know she's happy, glad & excited

kurniaan Ilahi yg tak ternilai
syukur alhamdulillah



saya doakan mereka bahagia sampai akhir hayat
:)


& encik neo
when I share and tell him the moment
guess what he said?


"rasa2 saya nanti macam tu tak?"

huhh~
like I know la kan

boleh tak nak cakap
"I wish I'm married with someone similar to abg safwan!"
;P



::more in future::

Monday, May 16, 2011

kamu~


manusia ni senang je berubah
kadang2 tanpa kehadiran sesiapa dalam hidup dia
tanpa apa2 perubahan drastik dalam hidup
& boleh juga tanpa apa2 sebab
bangun tidur
tup tup
dia dah berubah jadi orang lain


saya tahu saya juga berubah
tambah2 lagi
saya ni seorang yg senang berubah ikut suasana
bergantung pada siapa sekeliling saya


tapi perlu ke kamu buat macam tu?
layan saya macam saya ni halimunan
langsung tak pedulikan saya


saya sangat kecil hati dgn kamu
seolah-olah perubahan saya suatu malapetaka bagi kamu
terus kamu tinggalkan saya
pergi bersama-sama yg lain
mungkin cuba membuktikan kamu boleh hidup tanpa saya


sesungguhnya saya pernah cuba tak pedulikan kamu
tapi tak berdaya
kamu pernah menjadi orang yg paling saya sayang
kamu pernah jadi tempat saya luahkan segala-galanya


akhir kata buat kamu
saya sayang kamu
tapi sikap kamu yg tak boleh terima perubahan
buatkan saya sangat2 kecil hati

percayalah
you're not the one who get hurt by me
you make me hurt too
T_T




::more in future::

Wednesday, May 11, 2011

satisfaction :)


hari 8

syukur alhamdulillah
hasil tunjuk ajar lebih dari seminggu
dari cikgu2 saya
ms Chong & mdm Ivy
dah dapat balance kan account company!!!

balik kerja hari ni sangat excited ok!

from day 2, Dato' dah bagi kerja2 audit
siapa tak terkejut kan
mana aku tahu apa2 weh!
account pun cam ntah pape
ni pulak nak audit akaun yg dah di settle kan oleh expert


dah kira ribu2 kali pun tak balance2
hari ni, for the first time
balance!!!
siap bleh detect kenapa tak balance
apa kesalahan bagai

ya Allah
seriously, this kind of satisfaction feeling
tak terkata


janji pada diri sendiri
saya akan terus belajar & belajar
:)


Alhamdulillah
semoga Allah permudahkan lagi perjalanan saya
(^_^)




::more in future::

Monday, May 9, 2011

kegagalan pengurusan masa~


saya sedang mengalami satu fasa kritikal ketika ini

-fasa tak pandai bahagi masa-

outdated dengan perkembangan kawan2
outdated dengan email sendiri
outdated dengan apa2 event yg berlaku
gila lah!

& si perasan kacak pun sekali terabai sama
sampai dah merajuk berkali-kali tak larat nak pujuk

aiiyaaaaaa!!!


maaf kawan-kawan
maaf en Neo sayang
maaf semua
bukan tak nak layan cuma tak berkesempatan
maaf ya
(^_^)



p/s: saya kerja 6 hari seminggu tapi alhamdulillah, things are getting better each day :)



p/s lagi satu: good luck kawan2 yg akan start kerja. yg belum, jangan patah semangat. mari kita hantar resume banyak2 lagi ok?
(>.<)



::more in future::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...